Saturday, 17 January 2015

Cara Hilangkan Parut Hitam di Muka

Assalamualaikum ..

Salam Sabtu ..
Mesti ramai yang jenjalan ari nie kan ..
Al maklum laaa .. cuti .. 
Ada yang Beli lagi barang skolah yang x habis2 nak beli dari sebelum bukak nya skolah sampai bukaknya skolah .. heheh ..

Ok .. berbalik kepada tajuk enteriii tuu ..
Sapa yang suka parut hitam di muka??

Kau ?? 
Kau ?? Kau ??
Kau ???

Fuhh !! Mesti semua orang x suka kan ..

Gilaaa kau nak suka !! 
Haiyaaa ..

Bagi yang ada masalah parut hitam kat muka tu , sini aku list kan cara cara 
nak bagi hilang kan parut hitam tu ..

Insya Allah .

Scrub

Salah satu cara. boleh scrub muka. Boleh gunakan bahan-bahan yang natural. Macam lemon, gula dan tomato. Nak scrub kena tunggu jerawat reda, selepas gunung berapi meletop. Lakukan secara konsisten, mungkin jika baru buat seminggu hasilnya masih belum ada. Konsisten buat, insyaallah akan nampak kesannya.

Madu

Campurkan madu ke dalam bedak sejuk. Dan tepekkanlah di muka anda. Buat dengan kerap, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Kayu Manis

Hah ini pun bagus. Tambah lagi baunya yang wangi. Tumbukkan beberapa batang kayu manis, sampai jadi serbuk. Lepas tu letakkan sedikit air. Jadikan 'paste' dan letakkanlah di bekas jerawat. Lakukan secara kerap. Atau boleh gantikan air dengan madu. Caranya masih sama, tampalkanlah pada bekas jerawat.

Timun

Selain baik untuk hilang mata 'panda' a.k.a dark circles, timun juga baik hilangkan parut hitam di muka. Kisar timun, tapiskan air. Dan tepekkanlah hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Muka akan rasa lebih 'fresh' dan tegang. Jika buat selalu, parut di muka akan pudar.

Daun Senduduk

Nie kalau rumah anda ada daun nie. Boleh guna beberapa helai, campurkan cekur dan segenggam beras. Guna batu giling (kalau ada) atau tumbukkan sampai lumat. Dan siap letakkan di muka yang ada parut. Lebihan boleh simpan dalam peti ais untuk ulang guna. Jangan buang, membazir.

Daun Sirih

Banyak kelebihan daun sirih. Selain baik untuk penjagaan kewanitaan, sirih juga baik untuk parut degil. Tumbuknya beberapa helai daun sirih. Tempelkan pada muka yang ada jerawat. Tunggu sehingga kering. Kemudian bilaslah muka dengan air bersih. Amalkan secara konsisten. 


Ok ! Selamat mencuba ! ",

Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

6 000 »» Budak Chomell:

said...

Good info!!
Pls follow my blog..
faranina89@blogspot.com

said...

paling senang timun, jadi guna timun lah ! em, kalau tak kisar camne ? kita tepek jer timun tu 1 slice kat tempat parut ?

said...

Thanks ! 😉
Done follow your blog dear . 😊

said...

Klau x nak kisar , tumbuk je laa . PAStu perah mbik ampas nye .. Heeee :p

said...

wow sireh!
i is suka sangat daun sireh. once a week memang amalkan basuh miss v dengan air rebusan daun sireh ni. best wooo.. harum semerbak. x yah bazir duit beli feminine wash!

by the way..salam perkenalan daydeng.. jemput singgah ke blog saya ye. nanti ai hidang nescafe tarik kat u. :p

said...

Ruby pun suka sgt guna cara tradisional ni..hehehe

Nk hilangkan parut/jeragat...kena kawal jugak pemakanan tu..then kena amik supplemen cm vitamin C &E utk cegah radikal bebas yg rosakkan kulit kita