Saturday, 6 September 2014

:: Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis ::

Assalamualaikum w.b.t ..
Salam Sabtu !! 😜

Ok ! Ari nie aku nak kongsi satu tips yang aku rasa agak menarik sedikit laaa ..
Sebab ... akupun mengalami masalah yang sama , so aku pelu hindarkan merujuk tips nie ..

Check it out !!! 
YEAHHH ..

Perut yang kempis dan rata sememangnya
menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan .. Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat ..

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda !!

Untuk itu , ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti berikut :


1. Sayuran bergas

Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli , kubis , kailan dan lain-lain lagi .. Namun , sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil ..


2. Makanan yang diawetkan

Makanan ringan seperti kerepek , keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi .. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain .. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata ..


3. Minuman berkarbonat

Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama- lamanya .. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi , ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar .. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu 'membersihkan' perut sehingga menjadi kempis ..


4. Pemanis buatan

Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek .. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan
kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat !! Selain menjaga pengambilan makanan , anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara
rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit .. 

Selamat mencuba sayang sayang !! 
K bye !!


Credit : Azizah Saleh


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

0 000 »» Budak Chomell: