Thursday, 21 August 2014

:: PART 1 : Biodata 20 Jenazah Terawal MH17 ::

Assalamualaikum w.b.t ..

BIODATA 20 JENAZAH
Daripada 20 jenazah yang dibawa ke Malaysia hari ini, 9 daripadanya adalah anak kapal manakala 11 lagi adalah penumpang.

20 jenazah ini antara 43 orang rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat MH17 sebelum terhempas di Ukraine 17 Julai lalu.

Seorang pembantu juruterbang dan 8 pramugari antara jenazah anak kapal yang dibawa dari belanda sebelum dikebumikan di Malaysia.

Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.

Difahamkan, Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas dalam pesawat MH370 pada 8 Mac lalu namun di saat-saat akhir tugasnya telah digantikan dengan Fariq Abdul Hamid yang kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini.

Takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17.

Pramugari Mastura Mustafa berusia 40 tahun  pula berpengalaman sebagai pramugari  selama lebih 20 tahun merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Mastura turut meninggalkan suami dan seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun.

Dora Shahila Kassim juga antara pramugari MAS yang terlibat dalam nahas itu. Dora yang merupakan ketua pramugari dan ibu tunggal seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya dengan menggambarkan kapal terbang yang dinaikinya ditembak sebulan sebelum kejadian itu berlaku.

Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir bersama abangnya, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

Pramugari Nur Shazana Mohd Salleh pula berusia 31 tahun dan telah berkhidmat dengan MAS sejak 9 tahun lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, nur shazana meminati tugas sebagai pramugari sejak kecil lagi.

Pramugari Angeline Premila Rajandaran yang berusia 30 tahun pula, merupakan anak kapal termuda dikalangan pramugara dan pramugara yang bertugas dalam pesawat MH17 milik Malaysia Airlines.
Angeline Premila juga merupakan model Malaysia Airlines yang terlibat secara langsung di majalah dan aktiviti promosi Malaysia Airlines.
Angeline Premila Rajandaran sempat menghantarkan mesej dan pesanan terakhir kepada ahli keluarganya supaya menjaga anjing peliharaannya yang bernama Lexi ketika saat menaiki kapal terbang MH17 di Amsterdam, Belanda 17 julai lalu.
Pramugari Azrina Yaakob 41 tahun pula berasal dari Alor Setar, Kedah meninggalkan suaminya mohd rafiz mohd tahir dan 2 orang anak mereka arissa raisya 3 tahun dan Aqil Rais 6 tahun.
Azrina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA, UiTM.
jenazah pramugari Hamfazlin Sham mohd salleh, chong yee pheng dan lee hui pin juga antara 20 jenazah kumpulan pertama yang tiba di malaysia.

Bagi jenazah penumpang pula, Jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi  akan menjadi yang pertama daripada keluarga enam terbunuh dalam tragedi MH17 untuk dibawa pulang.

Ariza Ghazalee yang berusia 46 tahun bercuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu kerana mengikut suami, Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan.

Muhammad Afif pula berusia 19 tahun dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Muhammad Afif telah menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di sebuah universiti swasta dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada bulan ini.

Paul rajasingam sivagnanam yang merupakan kakitangan Shell turut menaiki pesawat malang itu bersama isteri Mabel Anthonysamy dan anaknya berusia 9 tahun Matthew Ezekial Sivagnanam.

Namun hanya jenazah Paul dan isteri yang tiba di kompleks bunga raya manakala jenazah anaknya masih belum dikenalpasti.

Seorang jurutera perkapalan Hasni Hadi Parlan yang berasal dari segamat johor juga merupakan mangsa tragedi MH17. Hasni  yang bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu kerap ke Eropah atas urusan kerja.

Mohd Ali Md Salim berusia 30 tahun pula berasal dari Pagoh, Johor merupakan penuntut pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi di universiti Rotterdam, Amsterdam. Mohd Ali dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan antara penumpang MH17 yang ingin pulang beraya di Malaysia.


Noor Rahimah Mohd Nor pula, menetap di Switzerland selama 30 tahun pulang ke Malaysia berseorangan dengan hasrat menyambut hari raya bersama anggota keluarganya yang lain di Perak sebelum terlibat dalam nahas tersebut.

Karamjit Singh Karnail Singh seorang pekerja kumpulan ExxonMobil juga berada dalam pesawat Sistem penerbangan Malaysia, MH17 yang malang itu.

Selain itu 3 jenazah penumpang Ng Qing Zheng, Elisabeth Ng Lye Ti dan Foo Ming Lee juga merupakan antara 20 jenazah yang dihantar pulang dari Belanda.

Baki jenazah mangsa yang lain masih melalui proses dokumentasi dan perlu menjalani ujian DNA sebelum boleh dihantar pulang.  

#COPY/PASTE


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

0 000 »» Budak Chomell: