Tuesday, 26 August 2014

:: blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah ::

Assalamualaikum w.b.t ..
hye ollsss .. 

Klik BANNER untuk JOIN !!!


OK .. Bye !!

Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Sunday, 24 August 2014

:: Kisah Kami ::

Assalamualaikum w.b.t ..

Hye ollsss ..

Tengah-tengah malam yang agak sedikit boring nie , 
membuatkan aku terasa kerajinan yang agak mendalam untuk menaip satu enterriiiiii ..
hohoho ..

x tau laa ada x orang nak baca entteeerriii aku nie ..
x kesah laa , janji aku puassss ..

memandangkan dah lama aku x mengupload gambar-gambar aku ,
so now , aku nak upload bebanyak ..
Jangan meluat tengok nokkk ..
** Ade ke orang nak tengok ? -,-"  **

OK !



Oshin , jom seleeepiieeee !!
** Gambar aku yang agak tidak sopan , on off wearing hijab .. **




Ini masa pergi rumah terbuka ..
Agak mengejutkan aku ,
tempat aku pergi nie adalah VENICE !!
Yes , VENICE !!
Tapi bukan Venice yang aku idam idam kan ..
Haha ..
Persiaran Venice of  Perak ..
** Aku orang Sarawak , manalah aku tau kat Perak ada tempat macam tu ..
Agak batak di situ .. **


Memang selalu menyepat , x sah kalau tengok cermin gedebak besar , 
x snap snappp ..
HARUSSSS OK !!


This is my pacik , macik , adek adek sedare ..
Inilah satu satunya family saudara aku yang dok kat Semenanjung ..


Membelakangi Pengkalan Lumut ..


** Me n Alya **


** Farah , Me n Miera **


The last , Teluk Batik Perak ..
OK , memandangkan line aku nie dah lembab ..
Stop di sini sajalah ..
** Abang abang kakak kakak d_g_ ni mesti dengki dengan aku nie ..
tu yang putuskan line aku nie .. **
Kekhinziran mencelah ..

OK !! Bye .. Gudnite !!
PEACE !!


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Saturday, 23 August 2014

:: Sajak Pak Sako ::

Assalamualaikum w.b.t ..

Baru teringat satu puisi ..
Puisi yang buat aku terjaga dari tidur-tidur ayam di dalam kereta ..

OK ! Ceritanya begini ..

Perjalanan dari Pulau Pinang ke Perak amat memenatkan ..
Apatah lagi bila malam ..

Mengantok ..

Penat ..

Hanya tidur yang mampu ..
Tapi bila aku tidur di dalam kereta ,
aku masih mampu mendengar celoteh-celoteh di luar ..
Masih kedengaran di telingaku bunyi TV di dalam kereta ..

Bila aku dengar satu puisi , aku amat tertarik ..
Terus mata ku buka ..
Dengan mata yang samar-samar melihat di kaca TV ..
Sebuah puisi yang di baca di alunkan ..
Seseorang yang tidak pernah aku kenali ..

PAK SAKO ..

Ya , sajak dari PAK SAKO !!

Amat mendalam maksudnya , amat mengusik jiwa !

Bacalah .......

"Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.

Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,

Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,

Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.

Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
 Atau kaca-kaca yang mengaku intan?"

Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad)


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Thursday, 21 August 2014

:: PART 1 : Biodata 20 Jenazah Terawal MH17 ::

Assalamualaikum w.b.t ..

BIODATA 20 JENAZAH
Daripada 20 jenazah yang dibawa ke Malaysia hari ini, 9 daripadanya adalah anak kapal manakala 11 lagi adalah penumpang.

20 jenazah ini antara 43 orang rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat MH17 sebelum terhempas di Ukraine 17 Julai lalu.

Seorang pembantu juruterbang dan 8 pramugari antara jenazah anak kapal yang dibawa dari belanda sebelum dikebumikan di Malaysia.

Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi yang berasal dari Pulau Pinang meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.

Difahamkan, Ahmad Hakimi sepatutnya bertugas dalam pesawat MH370 pada 8 Mac lalu namun di saat-saat akhir tugasnya telah digantikan dengan Fariq Abdul Hamid yang kehilangannya masih menjadi misteri sehingga kini.

Takdir menentukan, walaupun terselamat dalam tragedi MH370, Ahmad Hakimi menjadi mangsa dalam nahas MH17.

Pramugari Mastura Mustafa berusia 40 tahun  pula berpengalaman sebagai pramugari  selama lebih 20 tahun merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Mastura turut meninggalkan suami dan seorang anak lelaki yang berusia 10 tahun.

Dora Shahila Kassim juga antara pramugari MAS yang terlibat dalam nahas itu. Dora yang merupakan ketua pramugari dan ibu tunggal seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya dengan menggambarkan kapal terbang yang dinaikinya ditembak sebulan sebelum kejadian itu berlaku.

Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir bersama abangnya, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

Pramugari Nur Shazana Mohd Salleh pula berusia 31 tahun dan telah berkhidmat dengan MAS sejak 9 tahun lalu. Menurut salah seorang ahli keluarganya, nur shazana meminati tugas sebagai pramugari sejak kecil lagi.

Pramugari Angeline Premila Rajandaran yang berusia 30 tahun pula, merupakan anak kapal termuda dikalangan pramugara dan pramugara yang bertugas dalam pesawat MH17 milik Malaysia Airlines.
Angeline Premila juga merupakan model Malaysia Airlines yang terlibat secara langsung di majalah dan aktiviti promosi Malaysia Airlines.
Angeline Premila Rajandaran sempat menghantarkan mesej dan pesanan terakhir kepada ahli keluarganya supaya menjaga anjing peliharaannya yang bernama Lexi ketika saat menaiki kapal terbang MH17 di Amsterdam, Belanda 17 julai lalu.
Pramugari Azrina Yaakob 41 tahun pula berasal dari Alor Setar, Kedah meninggalkan suaminya mohd rafiz mohd tahir dan 2 orang anak mereka arissa raisya 3 tahun dan Aqil Rais 6 tahun.
Azrina merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA, UiTM.
jenazah pramugari Hamfazlin Sham mohd salleh, chong yee pheng dan lee hui pin juga antara 20 jenazah kumpulan pertama yang tiba di malaysia.

Bagi jenazah penumpang pula, Jenazah Ariza Ghazalee dan anaknya Muhammad Afif Tambi  akan menjadi yang pertama daripada keluarga enam terbunuh dalam tragedi MH17 untuk dibawa pulang.

Ariza Ghazalee yang berusia 46 tahun bercuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu kerana mengikut suami, Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan.

Muhammad Afif pula berusia 19 tahun dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Muhammad Afif telah menamatkan pengajian asasinya dalam bidang arkitek di sebuah universiti swasta dan beliau sepatutnya memulakan pengajian ijazah pertamanya pada bulan ini.

Paul rajasingam sivagnanam yang merupakan kakitangan Shell turut menaiki pesawat malang itu bersama isteri Mabel Anthonysamy dan anaknya berusia 9 tahun Matthew Ezekial Sivagnanam.

Namun hanya jenazah Paul dan isteri yang tiba di kompleks bunga raya manakala jenazah anaknya masih belum dikenalpasti.

Seorang jurutera perkapalan Hasni Hadi Parlan yang berasal dari segamat johor juga merupakan mangsa tragedi MH17. Hasni  yang bertugas dengan sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura sejak tiga tahun lalu kerap ke Eropah atas urusan kerja.

Mohd Ali Md Salim berusia 30 tahun pula berasal dari Pagoh, Johor merupakan penuntut pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi di universiti Rotterdam, Amsterdam. Mohd Ali dijangka menamatkan pengajiannya tahun hadapan antara penumpang MH17 yang ingin pulang beraya di Malaysia.


Noor Rahimah Mohd Nor pula, menetap di Switzerland selama 30 tahun pulang ke Malaysia berseorangan dengan hasrat menyambut hari raya bersama anggota keluarganya yang lain di Perak sebelum terlibat dalam nahas tersebut.

Karamjit Singh Karnail Singh seorang pekerja kumpulan ExxonMobil juga berada dalam pesawat Sistem penerbangan Malaysia, MH17 yang malang itu.

Selain itu 3 jenazah penumpang Ng Qing Zheng, Elisabeth Ng Lye Ti dan Foo Ming Lee juga merupakan antara 20 jenazah yang dihantar pulang dari Belanda.

Baki jenazah mangsa yang lain masih melalui proses dokumentasi dan perlu menjalani ujian DNA sebelum boleh dihantar pulang.  

#COPY/PASTE


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Wednesday, 20 August 2014

:: GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP ::

Assalamualaikum w.b.t ..

Salam 1Malaysia ..
Salam Kemerdekaan .. hoho 😜
Terjumpa satu blog yang buat GA ..
Wahhh . Nak join laaa .. hehehe ..
Sempena bulan kemerdekaan nie kan .. jom laa kite joinnnn reramai .. awww ❤❤


Syarat-syarat Penyertaan :
1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Pastekan banner dan buat entry dengan tajuk :
GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP
dan backlink kan ke entry ini.
3. Jangan lupa tinggalkan link entry anda ya. Tak mahu seperti giveaway lepas. Buat entry tapi tak tinggalkan link jadinya aku tak tahu korang dah turut serta.
4. Selesai.

Hadiah-hadiah :
4 Fridge Magnet Pulau Pinang ( 4 Pemenang )
2 Fridge Magnet Nama Jalan Di Pulau Pinang ( 2 Pemenang )
2 Fridge Magnet Metal Bronze Basikal Street Arts ( 2 Pemenang )
4 Fridge Magnet Street Arts ( 4 Pemenang )
8 Penang Street Arts Notebook ( 8 Pemenang )

Jumlah pemenang bertuah yang dicari : 20 ORANG !!
Korang mungkin salah seorang darinya.
TARIKH TUTUP : 24.OGOS.2014


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Wednesday, 13 August 2014

:: Nak cakap je ::

Assalamualaikum w.b.t ..

Lama betol dah aku x update blog nie ..
Sungguh sungguh lama ..
Bukan apa , nak bukak blog nie pun aku dah x da masa .. 
Lagi lagi laa nak taep ennteeeriiiii ..
Fuhhh .. memang x da masa laa ..
Sedeh sungguh .. T_T
Tapi hari ini aku pelu gagahkan jugak nak bukak blog yang dah bersarang nie and update ennnnteeerrrriiii .. └(^o^)┘
X laa blog nie macam x bertuan sangat kan ? Heheh ..
Dah memang macam x bertuan pun .. 
Bebulan dah x update ..

Ok ..

Masa raya ari tu , aku sambut raya kat Indonesia ..
Untuk yang ke 2 kalinya aku beraya dengan Randy Panggalila .. hahahah !! 
** perasan sikit jer .. **
Lama jugak laa aku kat Indon , dalam 2 minggu jugak laaa .. Al-maklum la , beraya bersama sayangku Randy Panggalila kan ..
 **perasan sungguh , meluat org nak baca**
hohoho ..
Jangan tutup blog aku dulu ..
Meh laa baca sat .. T_T

Lepas balik dari sane , seminggu je kat Kuching ..
Pastu terbang lagi ke kl .. 
Pastu pegi Perak ..
And now , aku maseh kat Perak .. 
Hohoho ..
Bagi gua cuti lama sikit boss ..
Gua nak holiday manyak manyak tempat ..
Nak terbangkan tensyen tensyen segala tensyen yang melekat kat kepala hotak aku nie ..

Nanti laaa aku sambung balik ...... nak buat keja sat .. 
Bubbyyeeee .. 


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ