Friday, 8 February 2013

:: NJELIK ka BARLI ? ::

Assalamualaikum . .
Petang-petang x da keja kat ofis . so kitorang borak-borak la . . :)
Keluar la kesah pasal NJELIK . Apa tu ?? o.O NJELIK ??
Ishh , x penah aku dengar . . waima aku orang Sarawak . .
Hahaha . . Dasyat aku nie . . So aku carik laa kat Mr.Google nie . . Hihi .
Aku dengan bongok nya search "NJELIK" . . macam laa Mr.Google nie
tau bahasa-bahasa Sarawak . . hahah ! **manalah tau tiba-tiba ada kan** 
Bila dah si kawan nie lukis bentuk-bentuk benda tu , owwww . .
Baru laa tau . . rupanya benda tu BARLI !! haha . .
**Fav. aku tuu. . **
Ingatkan apa laa si enjelik nie tadi . . si kawan tu pun satu ,
x tau nama betul dia plak . . Ishh , ishh ishh . . ◕‿◕


Keriangan di OFFICE . .
Khasiat BARLI yang perlu kita ketahui :


Serat Barli Mampu Rendahkan Kolestrol Dalam Darah. 
Barli atau nama botaninya Hordeum Vulgarie dikatakan bijirin 
pertama yang telah ditanam di timur tengah kira-kira 9000 tahun 
dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan paling 
penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh dijadikan tepung, 
emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan 
bahan pembinan manakala keseluruhan tanaman
 boleh dijadiikan sebagai makanan haiwan ternakan. 

Pokok barli tergolong dalam keluarga Gramineae dan
 menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di negara-negara Barat.
 Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi pokok 
yang tinnginya kira-kira satu meter.Bijirin barli merupakan sumber 
terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta 
vitamin dan galian. Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu 
mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. 
Barli mempunyai kedua-dua jenis serat ini dan merupakan 
sumber terbaik serat yang mudah dilarut. Kajian klinikal di Australia,
 Kanada dan amerika Syarikat melaporkan bahawa 
serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol 
dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli 
adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Beta-glucan adalah bahan utama dalam serat mudah

 larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada variety ' waxy' 
lebih tinggi kandungan beta glucan daripada jenis barli lain. 
Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan 
bertanggung jawab dalam menigkatkan tahap glukosa dan 
lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
Tokotrienol dan tokoferol (tokol) merupakan minyak 
yang bertindak sebagai antioksida semula jadi. 
Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas 
dan boleh mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. 
Barli mengandungi tokol yang tinggi. Barli juga merupakan 
sumber baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. 
Kromium sebagai contohnya merupakan galian 
yang merangsang penyejatan glukosa dalam darah. 
Penyelidik di Englad melaporkan barli mempunyai kromium 
yang tinggi dan dikatakan merupakan sumber terbaik kromuim.
Pesakit diabetes perlu mngawasi tahap gula dalam 
darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah
 yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. 
Hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku.

Tunas bijirin barli bertindak sebagai pelega,

 pengeluar kahak dan pelembut. 
Kadang kala ia juga bertindak sebagai bahan yang 
boleh menyebabkan keguguran. 
Dikatakan tunas barli boleh digunakan untuk merawat
 dispepia serta muntah dan kekembungan akibat meminum susu ibu.
 Sebaik-baiknya tunas bijiran barli ini tidak diberikan 
kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan 
pengaliran susu.Bijirin barli pula bertindak sebagai penghadam, 
pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan
 berkhasiat atau dijadikan air barli ( rebusan air barli dalam air ) 
Biji barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk
 luka dan luka akibat terbakar. Bijirin barli juga dikatakan
 boleh membantu dalam menghilangkan berat badan kerana
 ia bertindak sebagai penahan selera makan. 
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu 
diambil sebagai penyejuk badan.

Selain bijirin barli, daun pokok barli yang berupa 

seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat. 
Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, 
ia mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein 
dan klorofil yang diperlukan oleh manusia. 
Malah dikatakan dikatakan jus barli hijau mengandungi 11 kali kalsium 
daripada susu lembu, hamper 5 kali besi dalam bayam, 
7 kali vitamin c dalam oren dan 80 mg vitamin B 12 daripada 100 gram barli.



Bagi penyakit serius seperti arthritis dan barah,
 pengambilan jusramuan daun barli yang berwarna hijau atau 
yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa 
dua jam selepas makan kepada 20 minit sebelum hidangan 
seterusnya dikatakan mampu membuatkan enzim-enzim 
digunakan dengan baik. Cara ini dapat membiarkan enzim diambil 
secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah
 di mana ia digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh.
Jus yang dihasilkan daripada daun barli juga dikatakan mampu
 merendahkan tahap kolesterol dalam darah. 
Bahan ikimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan 
penghasilan kerosakan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.

Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

2 000 »» Budak Chomell: