Tuesday, 5 February 2013

:: Jangan Ditanya Kenapa . . ::

Assalamualaikum . .
Dulu, aku hanya wanita biasa yang sering melakukan dosa, 
sibuk dengan hal duniawi. 
Jarang sekali aku memikirkan hal akhirat. Sampai satu ketika, 
hidayah itu datang. 
Alhamdulillah kerana Allah memilih diriku untuk ke arahNya.
Di penjuru usia, aku menangisi akan semua dosa yang telah ku lakukan. 
Aku cuba bangkit untuk melakukan perubahan. 
Aku mula lakukan perubahan sedikit demi sedikit. 
Sudah pasti apabila seseorang itu melakukan penghijrahan, 
dugaan akan datang. 
Aku akur. .
Orang sekeliling akan sedikit merasa pelik dengan 
perubahan yang ada.
 "Kenapa engkau berubah.."
"kenapa alim sangat sekarang..."
"Kenapa itu dan kenapa begini? "
Pelbagai persoalan dan respons yang akan telah ku terima. 
Pada kawan-kawan yang memahami, 
mereka hanya tersenyum dan mendoakan dalam hati. 
Tapi pada mereka yang seakan kurang puas hati, 
mereka mula mempersoalkan.
Pada mulanya aku selalu terfikir,  
bagaimana untuk aku hadapi mereka? 
Sememangnya keadaan itu mulanya sedikit melemahkan aku. 
Aku sering menangis. 
Pada Allah aku luahkan. 
Aku mohon hati aku dikuatkan dan mohon aku istiqamah
 dalam melakukan perubahan. 
Alhamdulillah, tidak lama kemudian mereka semua senyap 
seolah-olah dapat menerima perubahan diri aku.
Sahabat-sahabatku, inginku suarakan rasa hati ini. 
"Jangan ditanya kenapa aku berubah,
 tetapi tanyakanlah pada diri mengapa kita perlu berubah". 
 Manusia akan berubah bila--bila masa saja dan mereka berubah 
kerana untuk mendapat redha Allah.
 Apabila seseorang itu ingin berubah, 
berilah semangat kepada mereka.
Walaupun mungkin kita bukanlah muslimah yang sempurna, 
tapi sekurang-kurangnya setiap pertanyaan dan reaksi kita jangan 
sampai melemahkan orang yang ingin berubah.  
Perubahan itu perlu dilakukan,
 bukan kerana suka-suka, tapi kerana Allah. 
Kalau dulu kita mungkin kurang baik, 
kita boleh berubah untuk jadi yang lebih baik.
Adalah lebih baik kita mendoakan sahabat yang ingin 
berhijrah dari kita mempersoalkan perubahan itu. 
Dan jika kita mempersoalkan perubahan seseorang itu 
ibarat kita mempersoalkan kepada Allah. 
Satu hari nanti, kalian yang lain pun akan berubah dengan izin Allah.
Berusaha lah untuk mencari hidayah Allah dan 
sentiasa bersangka baik kepada orang lain. 
InsyaAllah, nikmat berhijrah pasti dirasai. 
Yang bertudung pendek akan rasa selamat bila bertudung lebih 
sempurna tanpa memperlihatkan bayangan leher dan rambut. 
Yang meninggalkan solat akan rasa tenang bila melakukan solat, 
dan yang mengabaikan al-quran dan sunnah akan terasa dekat dengan 
Allah dan rasul bila membaca dan memahami.
InsyaAllah, kepada rakan-rakan di luar 
sana yang sentiasa menyokong 
terima kasih diucapkan, 
hanya Allah saja yang dapat balas jasa kalian. 
Berubahlah selagi ada masa dan berubahlah 
dengan hati yang ikhlas kerana Allah. . .

Nurkilan ,
MookDeq . .
sedang menuntut di UiTM Larkin dan berusaha untuk istiqamah di dalam penghijrahan diri. 
iluvislam.com


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

1 000 »» Budak Chomell:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.