Tuesday, 11 December 2012

:: CIRI GADIS MELAYU MENURUT ISLAM ::

Assalamualaikum . :)

"Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami , sabar pada kesusahan , tidak pernah menolak jima' , tidak menyakiti atau memarahi suami , rindukan persetubuhan , keturunan yang baik , ada harta , cantik, taat kepada agama , menjaga kehormatan dan harta suami , datang bila suami memanggil , bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya .

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui . Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari ciri-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal . Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras , maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti . 

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal , ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah , iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini . Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik . Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik , beragama ,dari keturunan yang baik , dan sesuai dari segi status ,iaitu mengikut saranan Islam . 

Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan.Ciri tambahan yang diperlukan bila menimbangkan adat Melayu ialah gadis itu sopan dan hormatkan mertua, pandai memasak,pandai menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dan tidak terlalu cerewet. Bila gadis itu beragama dengan sendirinya ciri-ciri budi pekerti mulia yang digariskan oleh orang Melayu di atas tadi ada padanya atau mudah untuk ditanamkan pada dirinya."
Dah baca ?? :p So , macam mana , adakah anda ada ciri-ciri sebagai GADIS melayu ?? hoho ..





Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

0 000 »» Budak Chomell: