Wednesday, 12 September 2012

:: Ada Apa Pada Nama ::

Assalamualaikum w.b.t .. Hye !! :)
 hmm , tak tau nak buat ape now .. borinkk !! so nak update blog je lar .. hehehe ..
Ari nie nak cakap pasal "AWAK" .. Yes !! 'AWAK" laa.. ^.^V Iyee .. hihihi ..
Nak cite pasal name .. Ada Apa Pada Nama ?? Hmm .. Ada apa pada cinta ?? hehe ..
Ada apa dengan nama kita? Setiap dari kita memiliki nama yang berlainan. Dan kadang-kadang ada orang yang memiliki nama yang sama dengan kita. Mungkinlah nama kita ni famous kot..haha..Mungkin nama kita ni nama tokoh, mungkin nama sahabat, mungkin juga nama kita ini membawa maksud yang baik.
Maka, ketahuilah bahawa nama kita telah dipilih oleh ibu-bapa kita dengan sebuah harapan yang besar…Kadang-kadang kita pun tak tahu mengapalah nama kita ni dipilih…Mungkin kita perlu tanyakan pada mereka sendiri…dalam jutaan nama yang ada seluruh dunia ini…mengapalah nama ni yang mereka pilih…Kenapa ye? Sudah tentu ada rahsia di sebaliknya.
Dalam Islam,aspek pemilihan nama bagi seorang anak amat penting kerana itulah merupakan tanggungjawab bagi seorang bapa kepada anaknya, selain dari mendidiknya dengan didikan Islam dan mencari ibu yang solehah untuk anak-anaknya. Masakan tidak, nama itulah yang akan disebut-sebut orang apabila memanggilnya. Dan dari nama tersebut, ia akan membina sifat dan peribadi anak tersebut. Jika nama yang diberikan tidak baik, maka jadilah dia sebagaimana namanya tadi.
Dalam setiap nama sudah tentu ada sebuah harapan yang tersirat di dalamnya..Ada kemungkinan seorang bapa yang memberikan nama anaknya dengan nama Musab ingin anaknya menjadi seperti sahabat yang berjaya mengislamkan seluruh Madinah iaitu Musab b Umair…jadi carilah apa kelebihan yang ada pada nama kita, kemudian bertindak menjadi orang yang layak memikul nama tersebut.
Contoh yang lain nama anda Muhammad, nama seorang Rasul yang bersusah-payah menyampaikan Islam sehingga ia sampai kepada kita.. maka anda pun perlu mencontohi sikap dan peribadi Rasulullah kerana anda juga memegang namanya…Adakah patut, anda melakukan perkara yang akan mencemar nama Rasul?
Maka, jadikan kita orang yang layak memikul nama tersebut…jangan kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita tak layak memegang nama tersebut.
Betapa susahnya ibu dan bapa kita mencari nama yang sesuai untuk kita, maka berubahlah sesuai dengan harapan mereka. Maka, jadilah kamu orang yang layak memikul nama kamu bukannya menjadi orang yang memburukkan namanya tersendiri!
 Nama Saya Hayati , yang bermaksud Hidup :p
-Ennzy-
*Sharing is caringgg .. :) 



Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

0 000 »» Budak Chomell: