Tuesday, 11 December 2012

:: CIRI GADIS MELAYU MENURUT ISLAM ::

Assalamualaikum . :)

"Orang Melayu yang beragama Islam menambah ciri-ciri antaranya taat hormat kepada suami , sabar pada kesusahan , tidak pernah menolak jima' , tidak menyakiti atau memarahi suami , rindukan persetubuhan , keturunan yang baik , ada harta , cantik, taat kepada agama , menjaga kehormatan dan harta suami , datang bila suami memanggil , bangun bila suami datang dan pergi dan sebagainya .

Kerja-kerja menggariskan gadis ideal Melayu telah menjadikan lelaki yang ingin mencari gadis untuk dijadikan isteri pening kepala kerana gadis sebagaimana yang digariskan itu hampir mustahil ditemui . Jika berjumpa gadis yang mempunyai separuh dari ciri-ciri itu pun sudah boleh dianggap amat ideal . Lagi pun kalau menimbang dari rupa paras , maka besar kemungkinan tempang pula dari segi budi pekerti . 

Akibat dari susahnya mencari gadis ideal , ramai lelaki Melayu telah mengambil jalan mudah , iaitu tidak begitu memilih gadis yang akan dikahwini . Hanya ciri-ciri penting sahaja yang diutamakan. Jika pada gadis itu terdapat ciri tambahan itu lebih baik . Maka ciri-ciri penting yang menjadi faktor penentu memilih gadis 'ideal' pada masa sekarang ialah cantik , beragama ,dari keturunan yang baik , dan sesuai dari segi status ,iaitu mengikut saranan Islam . 

Malah gadis yang beragama dan cantiklah selalunya diutamakan.Ciri tambahan yang diperlukan bila menimbangkan adat Melayu ialah gadis itu sopan dan hormatkan mertua, pandai memasak,pandai menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dan tidak terlalu cerewet. Bila gadis itu beragama dengan sendirinya ciri-ciri budi pekerti mulia yang digariskan oleh orang Melayu di atas tadi ada padanya atau mudah untuk ditanamkan pada dirinya."
Dah baca ?? :p So , macam mana , adakah anda ada ciri-ciri sebagai GADIS melayu ?? hoho ..





Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

:: story morry .. ::


This is a story about a girl and her man .
for the last 2 years i have been alone . 
searching . . . .
growing . . . .
re-creating myself . . .
I have learned some hard lessons  ,faced some trials ,
felt sorrow , felt joy  , happiness . . .
Today my heart feels so full it might just explode .
I am in love with this man .

We have been married for 26 years .

We have 4 beautiful children together .
It took 2 years alone to know who i am .
What i want , what i need.
Today i know that i am a better person with him .
Together we are stronger .
I am happy .
I need him in my life .
Like i said .
My heart is so full .
This journey we are on together hasn't always been easy .
What i know today , it is worth it.
It is better to face it together .

Sometimes we have to be willing to open our hearts and not listen with our heads .
I want to live a life where my heart leads me .
and my head follows .
I took a chance with my heart .
quieted my head .
I got on the back of a scooter and let my heart take over .
It's amazing what miricals can happen when you do this .

I am living one .
Together i know i can face anything .

Together we are amazing .
My life isn't perfect .
Not always easy  , but it is good .
There is work to be done .
I am so happy to know I won't be doing it alone .






Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Monday, 10 December 2012

:: Monday is boring day ::

Assalamualaikum . 
Toinkkk . Toinkkk .
Fuhhh !! hari ini hari Isnin . Hari yang memboringkan . Grrr ..
1st day masuk ofis setelah beberapa hari cuti . hoho . Excident punya pasal , 
kaki bersimen , aku cuti .
Bestt jugak . nie masuk keja balik macam malass dah nak bekerja . 
weekkk !! :p Kalau masih cuti , confirm aku dah telentang di atas katil , hari nak hujan . sejukkk ..
hohoho ... Ok , nak Lunch lu . Daaa ~~


Aku Suka Dia :) :) :) :)


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Thursday, 25 October 2012

:: Slamat Hari Raya AidilAdha ::

Assalamualaikum w.b.t ..
Esok korang cuti kan ?? kan ?? Aku pun cuti , mesti laa .. kan esok raye ..
3 hari je cuti , p syukur laa ada cuti dari xde cuti kan .. :)
 Mesti korangg esok membusykan diri kan !!
 bukan stakat esok , malam nie dah busy kot !
 kot je laa .. kat umah aku pun , mak aku dah siap buat Kek Lapis die .. 
Yummyyy !!! Yummm Yumm !! :D
K , lahh , tu je .. Jam pun dah nak kol 5 , aku nak kemas barang , then cauu cinn chiii !!
Daaa~~




Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Monday, 22 October 2012

:: Puteri Santubong & PuteriSejinjang ::

Assalamualikum ..
Hmm , ari nie keboringan telah melanda diriku ..
Borinkkk giler weyyy !!!!
Keja melambak tapi tangan aku tak lalu nak buat *Malas* haha ..
Ok , aku nak cita sikit pasal negeri aku ..
Kisah dulu kala *Fairytale, maybe* ^^

Aku tinggal kat negeri Sarawak ok , bagi sape-sape yang belum tau laa .. :p

Lau nak pergi bercuti , try laa prgi Sarawak ..
Besttt .. banyak tempat menarik .. :)
Salah satu nya , kat Santubong .. Macam-macam ada kat situ , ada "Kampung Budaya"
yang mempamerkan bermacam-macam budaya dan suku kaum yang ada kat Sarawak ..
Gunung Santubongg ??? Try laa daki , hehehe ..
Haaaa , bercakap pasal Gunung Santubong , hmmm .. Ada lagenda ..
Lagenda ??? Yeee .. Nak cite sikit pasal salah silah yang tak berapa menyalah nie ..
hoho :p :) :D
Puteri Santubong merupakan cerita rakyat / sastera rakyat negeri Sarawak yang meniti dari bibir ke bibir. Ia diperturunkan dari generasi ke generasi kerana ada unsur-unsur pengajarannya di dalamnya. Selain itu untuk memberi ‘logik’ kisah kejadian dan kemunculan sesuatu perkara. Oleh kerana ia merupakan cerita lisan iaitu cerita mulut yang diceritakan dari nenek, ibu bapa kepada kepada cucu dan anak-anak kecil, ceritanya sentiasa berubah, berkurang atau bertambah untuk menyedapkan lagi cerita.

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.
Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.
Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.
Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah ‘Turun Dari Kayangan’ (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong – “anak dak dewa turun kayangan”.
Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.
Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.
Hmm .. tuu la serba sedikit salah silah menyilah pasal Lagenda yang ada kat Sarwak nie ..
:) Datang-datang laa ke Sarawak k , kalau nak tengok secara dekat lagi Gunung Santubong tuu , cantekkk .. Kalau dari dekat memang nampak macam orang tengah baringg ..
Nampak Gunung tuu dari belakang rumah saya tauu .. haha !! k , Bye !! :p

Senja Santubong :)

Pelangi petanggg ..

**Aku tak berapa tau sangat sesahihan cerita nie , :) Tq kerana sudi membaca.


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Wednesday, 17 October 2012

:: rinDu ::

Assalamualaikum w.b.t ..
Aku rindu dia , seriussslyyy ... :'(
Hmmm , nak buat cane , die dah ade orang lain kot ,
tu die x layan aku lagi ..
x pe , aku terime dengan hati terbuka ,


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Monday, 15 October 2012

:: Alhamdulillah ;) ::

Assalamualikum .. Slamat petangg .. Weee ...
Daydeng happy sangat2 sebab belog nie dah x de problem agi ..
Yeaaa ... :) ;) ;)
Berkurun lamaa nak tunggu belogg ini sihatt .. huhu ..
Thank to Budarkk senGettt sebab memberi aku kesabaran .. hahaha ..
Byeee .... *lambai tangan*


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Wednesday, 12 September 2012

:: Dakwah Tanpa Kasih Sayang ::

Assalamualaikum !! Peace Yoo !! :)
Hari ini ramai orang yang bercakap tentang seruan kepada Islam, sedangkan jiwa mereka kering dari pancaran kasih sayang, malah dipenuhi kekerasan dan permusuhan. Al-Quran dan Hadith digunakan untuk tujuan permusuhan dan menyenangkan nafsunya. Kasih sayang dihancurkan. Manusia yang diseru tidak melihat sinar kasih sayang terpancar di wajah mereka.

Kebanyakan para pendakwah mendahulukan berita ancaman daripada memberi kasih sayang. Mereka utamakan perkhabaran tentang azab Allah dari sifat kecintaan dan pengampun Allah. Mereka sebenarnya pembunuh harapan di dada-dada manusia yang mencari setitis harapan. Dakwah penuh dengan kekakuan, bersidang dalam dewan-dewan yang mewah, membentangkan kertas-kertas kerja yang memperlihatkan idealisma yang hebat, tetapi perkara yang amat diperlukan oleh manusia di sekeliling mereka tidak dititikberatkan, iaitu kasih sayang.

Masyarakat memerlukan orang yang bertanya khabar pada mereka, yang membantu kesusahan mereka, yang memberi kata-kata harapan, yang menghulurkan tangan kasih sayang demi membawa kepada kebenaran.

Islam adalah gambaran kasih sayang Allah di alam ini. Mereka yang membawanya mestilah mengamalkan sifat keTuhanan dan sifat kenabian iaitu kasih sayang. Dalam sebuah rumahtangga, isteri merasai ketenangan, anak-anak merasai kedamaian. Mulakan kasih sayang pada dirimu dan dalam rumahtanggamu sebelum kamu lontarkan kepada dunia luar. Jika kamu majikan, sinarkan pada pekerjamu. Jika kamu pemimpin masyarakat, pancarkan pada mereka. Jika anda seorang ulama’, lunakkan bahasamu, hubungkan jiwa kamu dengan manusia yang mengharap pimpinanmu dengan kasih sayang. Jauhkan bertelagah dalam masalah khilafiah, supaya umat ini tidak terdidik dengan kebencian. Halakan tujuan dakwahmu kepada dunia yang rosak di depan dengan ikhlas dan kesedaran ubudiyyah kepada Allah.

Dakwah mesti berasaskan kasih sayang. Kemungkaran mestilah dicegah dengan hikmah. Jangan biarkan manusia mengekalkan kemungkaran, nescaya dunia akan dimurkai Allah dan manusia yang tidak berdosa juga akan menerima azab. Lihatlah negara yang tidak mencegah kemungkaran, mereka dilemparkan kesengsaraan. Demi kasih sayang pada negara dan umat manusia, bangunkanlah amal ma’aruf nahi mungkar, agar segala bala terangkat dari kita.

Manusia yang membela dan mencintai kemungkaran, adalah manusia yang tidak memahami hakikat kasih sayang. Perbuatan mereka menghancurkan generasi mereka sendiri. Akibat mereka membiarkan kemungkaran yang kecil berleluasa berlaku, akhirnya ia menjadi penyakit yang merbahaya kepada generasi mereka, kepada anak-anak mereka, kepada cucu mereka. Hari ini, kita sudah melihat anak-anak tidak lagi menghormati ibubapa, tidak menghormati guru-guru. Anak-anak sudah tidak mengenal Allah. Mereka mencintai nafsu dan syaitan. Siapakah yang telah melakukan jenayah ini? Soalan yang perlu pada jawaban…

Hari ini gerakan dakwah sudah banyak yang tersasar pedoman. Mereka lebih menumpukan ketajaman pemikiran pada anggotanya dari semaian iman dan kasih sayang. Dakwah bergerak dengan idealisma sedangkan manusia di depan mereka rosak disebabkan kehilangan kasih sayang. Mereka sepatutnya pendokong kasih sayang, bukan penyebar kebencian dan permusuhan.

Gerakan Kristian berjaya kerana menonjolkan aspek kasih sayang sebagai wajah mereka, sedangkan kasih sayang yang mereka tonjolkan akan menghancurkan kehidupan manusia di akhirat nanti. Gerakan Islam menonjolkan hukum dan membelakangi kasih sayang, sehingga masyarakat terasa mereka jahil. Harapan mereka tertimbus di bawah hukum-hukum yang didatangkan tanpa didahulukan pengisian iman sebagai tunjang.

Ulama’-ulama’ bercakaran didepan orang-orang jahil. Penyelesaiam masalah tidak didahulukan kasih sayang dan kebenaran tetapi mencari kemenangan. Hancurlah umat kerana pemimpin yang tidak memberi kasih sayang kepada rakyat, hancurlah kepimpinan kerana ulama’-ulama’ tidak memberi nasihat dengan kasih sayang, hancurlah ulama’ lantaran ulama’ tiada kasih sayang kepada kebenaran tetapi lebih mencintai kepalsuan dunia. Ulama’ mencari kemasyhuran, pujian manusia, pengikut yang ramai. Akhirnya hancurlah negara tanpa kasih sayang, yang ada pada masyarakat ialah hati-hati ganas seperti serigala.
 
*Copy/paste je , sharing is caring ! :p    ::Click here::


p/s : Ayu !! Jangan tido !! Orang keja nya tido !! haha
        Shila ! JAngan sedeh , jangan nangis .. Dengar lagu
         kiss the rain pun nak nangiss .. haha.. *Mak suke mak suke mak sukeeee! Aww * ^-^



Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

:: Ada Apa Pada Nama ::

Assalamualaikum w.b.t .. Hye !! :)
 hmm , tak tau nak buat ape now .. borinkk !! so nak update blog je lar .. hehehe ..
Ari nie nak cakap pasal "AWAK" .. Yes !! 'AWAK" laa.. ^.^V Iyee .. hihihi ..
Nak cite pasal name .. Ada Apa Pada Nama ?? Hmm .. Ada apa pada cinta ?? hehe ..
Ada apa dengan nama kita? Setiap dari kita memiliki nama yang berlainan. Dan kadang-kadang ada orang yang memiliki nama yang sama dengan kita. Mungkinlah nama kita ni famous kot..haha..Mungkin nama kita ni nama tokoh, mungkin nama sahabat, mungkin juga nama kita ini membawa maksud yang baik.
Maka, ketahuilah bahawa nama kita telah dipilih oleh ibu-bapa kita dengan sebuah harapan yang besar…Kadang-kadang kita pun tak tahu mengapalah nama kita ni dipilih…Mungkin kita perlu tanyakan pada mereka sendiri…dalam jutaan nama yang ada seluruh dunia ini…mengapalah nama ni yang mereka pilih…Kenapa ye? Sudah tentu ada rahsia di sebaliknya.
Dalam Islam,aspek pemilihan nama bagi seorang anak amat penting kerana itulah merupakan tanggungjawab bagi seorang bapa kepada anaknya, selain dari mendidiknya dengan didikan Islam dan mencari ibu yang solehah untuk anak-anaknya. Masakan tidak, nama itulah yang akan disebut-sebut orang apabila memanggilnya. Dan dari nama tersebut, ia akan membina sifat dan peribadi anak tersebut. Jika nama yang diberikan tidak baik, maka jadilah dia sebagaimana namanya tadi.
Dalam setiap nama sudah tentu ada sebuah harapan yang tersirat di dalamnya..Ada kemungkinan seorang bapa yang memberikan nama anaknya dengan nama Musab ingin anaknya menjadi seperti sahabat yang berjaya mengislamkan seluruh Madinah iaitu Musab b Umair…jadi carilah apa kelebihan yang ada pada nama kita, kemudian bertindak menjadi orang yang layak memikul nama tersebut.
Contoh yang lain nama anda Muhammad, nama seorang Rasul yang bersusah-payah menyampaikan Islam sehingga ia sampai kepada kita.. maka anda pun perlu mencontohi sikap dan peribadi Rasulullah kerana anda juga memegang namanya…Adakah patut, anda melakukan perkara yang akan mencemar nama Rasul?
Maka, jadikan kita orang yang layak memikul nama tersebut…jangan kita melakukan sesuatu yang menyebabkan kita tak layak memegang nama tersebut.
Betapa susahnya ibu dan bapa kita mencari nama yang sesuai untuk kita, maka berubahlah sesuai dengan harapan mereka. Maka, jadilah kamu orang yang layak memikul nama kamu bukannya menjadi orang yang memburukkan namanya tersendiri!
 Nama Saya Hayati , yang bermaksud Hidup :p
-Ennzy-
*Sharing is caringgg .. :) 



Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Thursday, 6 September 2012

:: Sahabat ::

Assalamualaikum ..
 
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-
 
Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

 

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.


*Just copy , sharing is caring right .. ;)   ::click here::



Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Monday, 3 September 2012

:: Lapar ::

..Assalamualikum w.b.t ..
Laparr deh , gua mau makan .. masih ada half an hour lagi nak tggu :(
WaduhhWaduhh , ngak bisa ditahan ini deh ..
@yunie_dy !!! Jom kluar truss !!!
BYEEE !!!
 


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Wednesday, 22 August 2012

:: KEPAK ::

Assalamualaikum w.b.t , CIKGUUUU !!!!! :)
Kepak yahh , bukan kepak ayam .. :(
Kepak is penat , penat is tired .. Tired is capek !! hoho ..
Itu sahaja .. Daaa~


Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Tuesday, 21 August 2012

:: Up-Up-Up-Date :) ::

Assalamualaikum !!!

Yeahhh !! I'm back !! stelah skian lama aku tidak meng-update akhirnya aku update jugak !! hahaha!
nothing to update .. saja nak membuka blog .. Kwang kwang kwanggggg .. :D
Ini sahaja .. Eyhhh ... Lupa SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN K ..
kepada my frenz yang datang rumah gua , sorry gua tada kat rumah ley .. :) aku raya kat Indonesia , braya dengan RANDY PANGGALILA .. Mohon Jelezz !! :p
Bye Bye Bye .... *lambai tangan*

Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Saturday, 21 April 2012

:: Peristiwa Gunung Merapi ::

..Assalamualaikum w.b.t ..
Hye .. HAlloo .. Aduuduuu ... ;) hmm , tau x hal peristiwe gunung merapi yg meletus dulu .. Alaaa .. yg mengorbankan bnyak nyawe tuu .. :( , nie aku x imbas kembali ksah rahsia Mbah Maridjan mati bersujud mase gunung merapi meletus tuu .. haaaa ??? -.-" .. Aku nak shre cite yg aku dah bace b'tahun dulu .. hihi .. sedih bile tringat balek kisah tuu ..
Awan panas dari puncak Gunung Merapi di YogYakarta memenuhi dada langit pada petang 26. Oktober. 2010. Bahangnya semakin terasa sehingga ke kpg Kinahrejo yg terletak kira2 4km dr kaki gunung tersebut .. Ia hnya menanti msa utk mletus .. Petang b'kenaan , Mbah Maridjan , 83 , jurukunci Gunung Merapi baru b'siap2 hndak b'solat Maghrib .. Sekitar pukul 6.36 p.m, Mbah msih b'solat b'sama anak ke-2 nya, Asih .. Asih m'jadi imam diikuti beberapa jiran m'jadi makmum t'masuk Agus, pembantu Mbah . Selesai solat , Asih mengeluh krna trasa bhang udra yg amat pnas .. Ketika itu , bunyi siren mengaum-ngaum sbgai petanda Gng Merapi hndak meletus .. Agus bsama Asih dan keluarga Mbah Mardijan serta beberapa org yg terakhir memutuskan utk lari mnyelamatkan dri .. "Pokoke aku emoh metu teko kene.(Pokoknya aku tidak mau meninggalkan lereng Gng Merapi)" , itulah kata2 Mbah Maridjan .. Org tua itu mberi alasan msh rmai pnduduk Kinahrejo blum meninggalkan rumah masing2 .. Akhirnya , Agus dan Asih serta keluarga tiada pilihan .. Mreka plu turun sgera mningglkn rmh Mbah b4 tlmbat .. Bhang pnas smkin memijar .. muka dan tgn mreka trasa tbakar .. ktika itu , msih belasan pnduduk msh b'kmpul di ruang rmh Mbah .. msing2 b'doa , b'tahlil dan solat hjat .. ketika keadaan genting itu , wartawan kanan Vivanews , Yuniawan Wahyu Nugroho pula tba d rmh Mbah utk mewawancara Mbah .. Selesai mewawancara , Yuniawan turut mengajak Mbah turun b'sama2 tetapi turut ditolak .. tdk lma kemudiaan Yuniawan trun sjauh 4km ke Kem operasi pasukan penyelamat .. Pada saat itu juga , Yuniawan bssama seorg tnaga pasukan prubatan , Tutur , mengambil kputusan utk naik semula ke puncak Kinahrejo utk memaksa Mbah spaya turun .. Mereka b'2 menaiki suzuki uyk m'jmput Mbah .. Dlm sekelip mata , debu pns dgn suhu 600 drjah celcius itu mruntuhkan rmh Mbah Maridjan ..
Beberapa jam kmudian , pasukan penyelamat mcari mgsa dlm tragedi itu .. mereka menemui Suzuki yg dinaiki Tutur dan Yuniawan berada di luar rumah Mbah diselimuti debu .. Pintu penumpangnya tbuka dan abu awan pns memenuhi ruang dlm kreta tsebut ..Sebaik saja masuk di dlm rmh Mbah , psukan pnyelamat melihat foto Mbah b'sama peninju Chris John tdampar di lantai disimbah debu tebal .. Ada lima mayat ditemui sudah kaku di di rmh Mbah ..Antara sekian mayat , ditemui jasad Mabh Maridjan sedang bersujud .. Mayat Mbah dikenali b'dasarkan ibu jarinya yg bengkok , kain serta kopiah yg dpakainya .. tragedi itu menyebabkan 30 pndudk meninggal dunia .. Beberapa hari b4 Mbah meninggal dunia , Mbah sempat meninggalkan pesan kpd para pendaki spaya b'hati2 dan menagguh dulu aktiviti m'daki Gng Merapi .. Pesanan Mbah itu ditulis dlm facebooknya pd hari Isin , 25. Oktober pkl 10.38 a.m ..
Mbah Maridjan : Mohon doa ddr teman2 Mbah di pesbuk , smoga Gng Merapi kembali tentrem dan damei. Bagi mau mendaki, jgn mampir dulu spya tdk tjadi hal2 yg tdk diingikan. Tolong disampaikan ke teman2 pendaki.
Mbah Maridjan : mbah msih mrasa kerasan tinggal di Dusun Kinahrejo Cangkringan Sleman YorYakarta, smbil b'doa kpd Yang Maha Kuasa. Mohon bantuan doanya , ya ...
Mbah Maridjan : Bagi yg sudah diminta pemerentah utk mengungsi, mbok ya patut ya... Mohon dengan sanget.
Pada hari Selasa kompas.com melaporkan Gunung Merapi hanya menanti masa utk meletus .. Mbah mencatatkan dalam facebooknya : "...sebuah tempat palinh bahagia di kaki Gunung Merapi..."
Sudah tersurat Mbah menemui ajal b'sama2 puluhan penduduk Gunung Merapi yg dijaganya sejak 1980-an selepas mewarisi tugas itu drpd ayahnya .. Mbah prnah m'beritahu saudara-maranya dia tidak sekali-kali akn meningglkn Gunung Merapi krna memikul amanah , sekali gus penjaga gunung tersebut ..
....huh !! cite nie aku bace kt salah 1 mjalah dulu .. sedeh bile ku ingat balek .. :( ..






Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

Friday, 20 April 2012

:: Nikmat Syurga ::

..Assalamualaikum w.b.t ..

Abu Hurairah r.a. berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga! Jawabnya yang bermaksud:
Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan vakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya.
Kemudian Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: imam (pemimpin hakim) yang adil. Dan orang puasa ketika berbuka. Dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat di atas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman. Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya.
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan di bawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhilin mamdud (dan naungan yang memanjang terus). Dan di dalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia, bacalah kamu: Maka tidak seorangpun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut di dalam syurga lebih baik dari dunia seisinya. Bacalah ayat yang bermaksud: Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung.
Ibn Abbas r.a. berkata: Sesungguhnya di dalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam: misik, anbar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan) dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjadi tawar airnya, tercantum di lehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku maka hendaklah taat kepada Tuhanku.
Mujahid berkata: Bumi syuga dari perak dan tanahnya dari misik dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya di bawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar dengan duduk juga tidak sukar dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri mahupun yang duduk dan berbaring.
Abu Hurairah r.a. berkata: Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu di dunia bertambah tua.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila ahli syurga masuk ke syurga dan ahli neraka telah masuk ke neraka, maka ada seruan. Hai ahli syurga Allah akan menepati janjiNya kepada kamu. Mereka berkata: Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memasukkan kami ke dalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat kepada zat Allah.
Anas bin Malik r.a. berkata: Jibril datang kepada Nabi s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril: Apakah cermin yang putih ini? Jawabnya: Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada di hari Jumaat, telah dikurniakan untukmu dan umatmu, sehingga umat-umat yang sebelummu berada di belakangmu, iaitu Yahudi dan nashara (Kristian) dan ada saat di hari Jumaat jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya pasti akan dihindarkannya dan hari Jumaat di kalangan kami (malaikat) dinamakan yaumul mazid (hari tambahan). Nabi s.a.w. bertanya: Apakah yaumul mazid itu? Jawab Jibril: Tuhan telah membuat lembah di syurga jannatul firdaus, di sana ada anak bukit dari misik kasturi dan pada tiap hari Jumaat di sana disediakan mimbar-mimbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para nabi dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada di duduki para siddikin suhada' dan salihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang di bilik syurga) berada di belakang mereka di atas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, minta (Kami mohon keredaanMu). Jawab Allah: Aku telah reda kepadamu, keredaan sehingga kamu Aku tempatkan di rumahKu dan Aku muliakan kamu, kemudian Allah menampakkan kepada mereka, sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat, kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan kehormatan mereka.
Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: Berikan makan kepada para waliKu, maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semula, bahkan lebih lazat, sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: Berikan minum kepada hamba-hambaKu, maka diberi minuman yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman yang bermaksud: Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta nescaya Aku berikan permintaanmu. Jawab mereka. Kami minta redaMu, Kami minta redaMu, dua atau tiga kali. Dijawab oleh Allah: Aku reda kepadamu, bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan kehormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima, maka
dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat zat Allah sekehendak Allah, maka segeralah mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah, sehingga Allah menyuruh mereka: Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat, maka di situ mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat zat Allah yang mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan di atas kepala mereka di atas ubun-ubun kuda mereka maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka, sehingga isteri-isteri mereka berkata: Kamu kini lebih elok dari yang biasa.
Abul-Laits berkata: Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihatNya. Dan erti nasihat kepadaNya, yakni melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya, tetapi kebanyakan ahli ilmu mengertikan: Melihat zat Allah tanpa perumpamaan.
Ikramah berkata: Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang umur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sama, sedang tingginya enam puluh hasta setinggi Nabi Adam a.s. muda-muda yang masih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakai tujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya di muka isterinya demikian pula di dadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya di wajah suaminya, dada dan betisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh.
Dalam riwayat lain: Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: Seorang ahli kitab datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: Ya Abal-Qasim apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan munum? Jawab Nabi s.a.w.: Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada di tangannya, seorang ahli syurga diberi kekuatan sertus orang dalam makan, minum dan jima' (bersetubuh). Ia berkata: Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kotoran? Jawab Nabi s.a.w.: Hajat seseorang itu berupa peluh (keringat) yang berbau harum bagaikan kasturi.
Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah yang bermaksud: Thuba ialah pohon di syurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah di syurga, di dalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar, sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh di ata meja makannya dan dapat makan di sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali.
Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Rombongan pertama akan masuk syurga dari umatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang di langit kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas, dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta.
Ibn Abbas r.a. berkata: Raulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, lurus, tidak ada rambut di kepala, alis dan kelopak mata, sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s., enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya.
Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang di jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum dan yang kedua Ud khuluha bisalamin aminin yang ketiga: Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun. Dan yang keempat: Rufi'at ankumul ahzanu wal humum. Kelima: Albasakum alhuli wal hulal. Keenam: Zawwa jakum ul hurul iin. Ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun. Kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassdidiqin. Kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun. Kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran. Ertinya:-
1. Selamat sejahteralah kamu kerana kesabaranmu.
2. Masuklah ke syurga dengan selamat dan aman.
3. Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4. Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita.
5. Kami memberimu pakaian dan perhiasan.
6. Kami kahwinkan kamu dengan bidadari.
7. Untukmu dalam syurga segala keinginan dn menyenangkan padangan matamu.
8. Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan siddiqin.
9. Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya.
10. Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.
Abul-Laits berkata: Sesiapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima macam:-
1.Menahan dari maksiat, kerana firman Allah yang bermaksud: Dan menahan nafsu dari maksiat maka syurga tempatnya.
2.Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia.
3.Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan, sebab kemungkinan amal itulah yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga, firman Allah yang bermaksud: Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu.
4.Cinta pada orang-orang yang salih dan bergaul pada mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis yang bermaksud: Perbanyaklah kawan, kerana tiap kawan itu ada syafaatnya pada hari kiamat.
5.Memperbanyak doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah. Sebagaimana ahli nikmat berkata: Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidk pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia. Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang; Kamu cukup dengan itu tanpa roti? Jawabnya: Soya jadikan makan itu untuk syurga sedang kau jadikan untuk tandas, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke tandas, sedang makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai ke syurga.
Ibrahim bin Adham ketika akan masuk ke tempat pemandian, dilarang oleh penjaganya:
Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya, maka ia menangis dan berdoa: Ya Allah
seorang untuk masuk ke rumah syaitan tidak diizinkan tanpa upah, maka bagaimana
saya akan masuk ke tempat para nabi dan siddiqin tanpa upah (Cuma-Cuma)?
Tersebut dalam wahyu yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: Hai Anak Adam
kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mahu membeli syurga dengan
harga murah, ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan,
tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat.
Abu Hazim berkata: Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya di dunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, nescaya itu ringan dan sedikit di samping keselamatan dari neraka. Padahal kamu dapat masuk syurga hanya dengan meninggalkan satu persen dari kesukaanmu dan dapat selamat dari neraka dengan sabar menderita satu persen dari kesukaran.
Yahya bainMu'adz Arrazi berkata: Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: Ya Allah masukkan ia ke syurga dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka berdoa: Ya Allah hindarkan ia dari neraka.
Semoga Allah menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami ke dalam syurga. Dan andaikan di dalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal di syurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga.
Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.
Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.
Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.
Firman Allah yang bermaksud:
Kami cipta mereka baru dan kami jadikan mereka tetap gadis, yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya untuk orang-orang ahli yamin.

Terima kasih sebab sudi baca !! ツ