Wednesday, 8 June 2011

:: 4 taNda ::

4 tanda awal kekasih 
anda hendak tinggalkan 
anda boleh 
membantu anda untuk 
mengubah keadaan atau 
sekurang-kurangnya 
bersedia menghadapi 
‘malapetaka’ yang akan 
melanda hubungan 
cinta anda...

1. Adakah anda berdua 
sering bergaduh 
disebabkan perkara 
remeh/kecil?Pergaduhan 
sekali-sekala tiada masalah..
Tetapi jika pergaduhan 
terjadi secara habitual, 
maka itu petanda bahaya.. 
Menjadikan hal sekecil semut 
menjadi sebesar gajah bermakna 
ada perkara di dalam 
hubungan anda yang anda 
berdua takut untuk hadapi.. 
Adakah ketakutan untuk 
beterus terang mengenai 
perpisahan yang membuatkan 
anda berdua masih bersama??? 
Atau adakah perkara lain yang 
anda berdua patut 
selesaikan serta-merta?

2. Adakah pasangan anda 
kelihatan seperti menjauhi/mengelak 
dari anda?Perbuatan menjauhkan 
diri biasanya berlaku jika 
sesorang itu berasa tidak 
selesa dengan perkara yang 
dijahuinya... 
Jika pasangan anda ada 
ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, 
anda patut berasa risau sekarang... 
Contoh paling mudah adalah pasangan 
anda susah untuk dihubungi 
melalui telefon.



3. Adakah status anda rendah 
di senarai perhatiannya? 
Ini bermaksud pasangan anda 
meletakkan orang lain selain anda 
lebih penting dari anda.. 
Di dalam kalendar perancangannya, 
semua nama ada kecuali nama anda.. 
Situasi sebegini adalah situasi 
yang patut anda elakkan dari 
awal lagi dengan strategi tertentu.. 
Kalau dah jadi begini, 
perpisahan awal mungkin penyelesaiannya..
   
4. Adakah pasangan anda tidak 
lagi gembira melakukan aktiviti 
yang sewaktu ketika dulu sangat
menyeronokkan bagi anda berdua? 
Pasangan anda lebih gembira 
melakukan aktiviti tersebut 
seorang diri atau bersama orang 
lain selain dari anda.. 
Ini petanda buruk yang 
anda patut sedar sekarang.

Jika anda mengalami 
salah satu situasi di atas 
atau mungkin kesemua sekali 
petanda di atas, 
maka anda harus membetulkan 
keadaan di dalam hubungan 
anda bermula hari ini..














Terima kasih sebab sudi baca !! ツ

0 000 »» Budak Chomell: